17 April 2013

sindrom diet yoyo

Salam sejahtera.
Posting kali ini juga ada hubungan dengan jenis-jenis diet yang kita kenali sebelum ini iaitu 'sindrom yoyo'. Apa yang dikatakan sindrom yoyo atau diet yoyo ini. Diet ini terjadi apabila seseorang individu tidak konsisten dalam menjalankan dietnya. Hal ini menyebabkan berat badannya boleh naik mendadak dan boleh juga turun secara drastik. Sindrom yoyo ini boleh mengakibatkan metabolisme tubuh terbantut.

Pada penurunan berat yang drastik, sebahagian lemak tubuh di sistem oto turut terbakar. Padahal sistem tubuh inilah yang banyak menentukan keperluan tenaga dalam tubuh. Jika berat badan naik selepas diet, yang bertambah banyak bukanlah otot tetapi lemak. Seseorang yang terkena sindrom yoyo biasanya hilang kawalan setelah menjalani diet yang ketat. Jadi untuk mencegah terjadinya sindrom yoyo, sebaiknya diet dilakukan secara konsisten. Pastikan juga ia tidak dilakukan terlalu ketat.

Dietlah secara teratur, betul dan selamat. Selamat berdiet. ;)

16 April 2013

diet tinggi serat

Salam sejahtera.
Perkongsian terakhir berkenaan jenis diet ini ialah diet tinggi serat. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi biasanya memberikan efek mengenyangkan. Ini termasuklah sayur-sayuran, buah-buahan dan daging. Namun untuk menjamin keberhasilan diet ini, daging yang hendak dimakan hendaklah mestilah rendah lemak atau tidak mengandungi lemak sama sekali. Apabila pengamal diet ini mahu makan nasi, sebaiknya beras hendaklah ditumbuk terlebih dahulu. Diet ini mudah diikuti.

Kenali sindrom yoyo dalam posting seterusnya dan diet dengan teratur. :)

15 April 2013

diet tinggi protein dan tinggi lemak

Salam sejahtera semua. Perkongsian kali ini kita akan mengenali diet tinggi protein dan tinggi lemak. Dalam diet ini semua makanan sumber karbohidrat dilarang untuk dimakan. Makanan seperti roti, nasi,kentang dan sejenisnya perlulah ditinggalkan. Sebagai gantinya makanan berprotein tinggi sangat disarankan. Daging, ikan dan telur adalah contoh makanan yang disarankan. Rendahnya kandungan karbohidrat di dalam tubuh mendorong penggunaan lemak sebagai sumber tenaga. Diet ini tidak dianjurkan untuk dilakukan dalam jangka waktu yang lama kerana pada kes yang ringan akan menyebabkan tubuh menjadi lemas kerana penggunaan lemak tubuh ini menghasilkan 'keton'. Zat keton ini akan mencetuskan dehidrasi dan rasa mual. Dalam kes yang berat pula, ia akan menyebabkan kegagalan fungsi ginjal.

Berdiet la secara sederhana dan terkawal. Kenali diet tinggi serat dalam posting seterusnya.

14 April 2013

diet rendah kalori dan tinggi serat

Salam sejahtera semua.
Seperti yang dijanjikan sebelum ini, hari ini kita akan mengenali satu jenis diet iaitu diet rendah kalori dan tinggi serat. Pencipta diet ini menyarankan anda untuk makan makanan berserat tinggi. Serat makanan ini banyak terdapat pada berbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, beras dan gandum. Hasil pemprosesan seperti tempe dan tauhu juga digalakkan. Keuntungan dari diet ini adalah memberi kesan rasa kenyang yang lebih lama. Ia juga menyihatkan. Namun jika tidaj diimbangi dengan senaman yang teratur, proses penurunan berat badan akan berjalan lambat.

Selamat bersenam dan kenali jenis diet seterusnya nanti.

13 April 2013

diet rendah kalori dan tinggi lemak

Salam sejahtera semua,
Hari ini kita akan berkongsi satu lagi jenis diet iaitu diet rendah kalori dan tinggi lemak. Kunci utama diet ini adalah makanan yang masuk ke dalam tubuh harus dapat menyebabkan pembakaran lemak. Seseorang yang melakukannya perlu mengambil makanan berlemak tinggi dan mengandungi karbohidrat yang tinggi. Selain itu, makanan mengandungi protein tinggi juga disarankan. Kekurangan diet ini ialah ia akan meningkatkan kadar lemak dalamdarah. Hal ini boleh menyebabkan penyakit jantung koroner.

Untuk posting akan datang ,kita akan mengenali diet rendah kalori dan tinggi serat. Selamat berdiet sihat.. :)

12 April 2013

Diet Rendah Kalori dan tinggi Protein

Salam sejahtera semua,
Kita akan berkongsi berkenaan jenis-jenis diet dan hari ini berkenaan diet rendah kalori dan tinggi protein.

Pencipta diet rendah kalori dan tinggi protein ini percaya bahawa kalori yang diperlukan oleh tubuh yang berasal dari protein adalah sebesar 90 peratus. Jadi anda perlu banyak makan makanan berprotein tinggi.

Keuntungan daripada diet ini adalah ia memberi efek rasa kenyang yang cukup lama sehingga proses penurunan berat badan berlaku dengan cepat. Namun hal ini hanya berlaku sekitar 2 minggu pertama. Selanjutnya penurunannya adalah beransur-ansur dan lambat. Ikan dan hasil laut yang lain amatlah disarankan. Namun begitu anda perlu berhati-hati kerana diet ini boleh membawa efek negatif dan kesan buruk pada ginjal anda apabila dilakukan pada waktu yang lama.

Ok, apa-apa pun bersederhana la ya :). Jenis diet lain akan dikongsikan lagi pada posting akan datang.

10 April 2013

7 Cara Kurangkan Lemak Dalam Diet Seharian - Sambungan

Salam sejahtera semua.
Hari ini kita akan sambung lagi 3 cara bagaimana mengurangkan pengambilan lemak dalam diet Seharian kita.

5. Elak pengambilan gula secara berlebihan. Gula adalah sumber kalori yang kosong. Kebanyakan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi juga mempunyai kandungan lemak yang tinggi.

6. Kekalkan pengambilan kalsium yang berpatutan. Kalsium adalah penting untuk menguatkan tulang dan gigi. Dapatkan kalsium daripada sumber rendah lemak seperti susu skim atau susu tanpa lemak dan dadih tanpa lemak.

7. Makan makanan yang kaya dengan kaborhidrat kompleks. Karbohidrat seharunya menyumbang sekurang-kurangnya 55 peratus daripada jumlah kalori harian anda. Untuk memenuhi keperluan ini, banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan dan enam atau lebih hidangan biji-bijian atau kekacang setiap hari. Ia akan membantu seseorang untuk memperolehi 20-30 gram serat diet yang diperlukan setiap hari serta membekalkan vitamin dan galian yang penting.

Selamat berdiet. :)

7 Cara Kurangkan Lemak Dalam Diet Seharian

Salam sejahtera semua.
Hari ini kita kongsikan bagaimana untuk kurangkan pengambilan lemak dalam diet seharian kita.

7 cara kurangkan lemak yang akan dikongsikan.

1. Lemak harus membekalkan kurang daripada 30 peratus daripada jumlah kalori harian. Pilih daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, ikan dan produk tenusu yang rendah lemak. Juga kurangkan pengambilan mentega atau makanan yang seumpamanya serta campuran salad, mayonis dan makanan bergoreng.

2. Hadkan pengambilan makanan yang banyak lemak tepu. Makanan jenis ini banyak didapati dalam produk haiwan yang merangsang paras kolesterol darah dan memiliki kesan kesihatan yang buruk. Ia harus membekalkan kurang daripada 1/3 kalori yang dihasilkan oleh lemak.

3. Kekalkan pengambilan protein secara sederhana. Protein harus menyumbang sebanyak 12 peratus daripada sumber kalori harian. Pilih sumber yang rendah lemak.

4. Kekalkan pengambilan kolesterol di bawah 300 miligram setiap hari. Kolesterol hanya didapati dalam produk haiwan seperti daging, ternakan, produk tenusu dan kuning telur.

Untuk setakat ini dahulu, kita akan sambung lagi 3 cara di posting akan datang. Selamat berdiet cara sihat.

09 April 2013

Turunkan Berat badan dengan minum air

Salam sejahtera semua, tips mudah hari ini ialah turunkan berat badan dengan  banyakkan minum air masak atau air kosong. :)




Air kosong tiada kalori, lemak dan gula. Diet paling mudah kan..  

Minum air masak pun dapat meningkatkan tahap kesuburan.

Menyihatkan jantung antara kelebihan minum air putih.

Amalan minum air  kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

1.   Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi.
2.   Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.
3.   Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4.   Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
5.   Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
6.   Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
•   Tekanan darah tinggi 30 hari.
•   Gastrik 10 hari
•   Diabetis 30 hari
•   Sembelit 10 hari
•   Kanser 18 hari
•   Tibi 90 hari
7.   Pesakit arthritis hanya perlu mengikut rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan
Ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

Selamat minum. ;)

08 April 2013

Diet Kamikaze : Update daripada peserta.

Salam sejahtera, post kali ini hanya perkongsian dari En. Ben berkenaan Program dietnya. Diet Kamikaze.
 
Update dari peserta dietkamikaze dengan bangganya akak ni laporkan perkembangan senaman dia pd En Ben.

Ohh.. akak ni berumur 49 tahun dan dah bersama program dietkamikaze sejak bulan November 2012. Alhamdulillah, ada banyak beza diperut.. cuma sekarang perlukan sedikit toning

Chaiyukk semua peserta. Yang belum menyertai program. klik Program Diet Kamikaze sekarang

5 Panduan Diet Sihat

Salam sejahtera, hari ini kita kongsi-kongsi 5 panduan mudah diet sihat.

1. Nikmati banyak buah-buahan, sayuran, makan bijirin penuh dan kekacang. Makan sebegini mempunyai massa banyak tetapi tenaganya kurang padat dan membantu anda berasa kenyang lebih lama.

2. Makan dengan kadar sederhana makanan seperi daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak dan lain-lain protein. Makanan jenis protein paling berkesan untuk mengenyangkan kita.

3. Sekali-sekala makan dengan sukatan sederhana makan makanan yang mengandungi tenaga padat. Nanti rasa terkilan pula sebab tidak dapat makan makanan jenis ini. :) . Oleh itu, rancangkan masa yang sesuai untuk menikmati makanan ini tanpa rasa was-was atau bersalah. Kemudian anda boleh teruskan dengan diet seimbang yang dirancang dengan baik.

4. Pengambilan sajian makanan dan snek secara kerap dapat mengelakkan anda makan dengan keterlaluan. Pilihlah snek yang sihat juga ;).

5. Sentiasa awasi sukatan makanan anda. Kajian menunjukkan sukatan makanan pada zaman ini semakin bertambah dan ini akan menyebabkan pemakanan berlebihan berlaku.

Kesimpulannya, sentiasa amalkan diet seimbang.. klik diet kamikaze sekarang.

06 April 2013

Atasi Perut Buncit dengan bedak sejuk

Salam sejahtera, hari ini kita nak kongsikan petua orang lama cara atasi Perut Buncit dengan bedak sejuk.

Perut buncit memang sangat memalukan terutamanya bagi perempuan. Anda boleh cuba petua ini untuk mengatasinya. Ambil 3 cubit bedak sejuk dan campurkan dengan sedikit kapur sirih dan air perahan limau nipis.
Gaul semua bahan kemudian lumurkan pada perut. Biarkan ia kering seketika dan kemudian ikat perut dengan sehelai kain. Amalkan sebelum tidur malam. Tapi perlu diingat ya, kapur sirih yang berlebihan boleh membuat perut anda terasa panas.. ;)



Kongsi lagi petua orang lama bagaimana cara nak mengelakkan urat timbul.
Ambil segenggam kacang hijau dan rebus tanpa gula tetapi jangan sampai hancur. Jadikan kacang hijau menjadi satu gelas. Makan pada setiap pagi dan petang. Selain itu, anda juga boleh cuba lakukan petua ini. Setiap hari sebelum tidur malam, angkat kaki ke atas setinggi mungkin. Duduk secara melunjur dengan badan bersandar pada dinding selama 10 minit.

Selamat mencuba, keberkesanan petua ini semua atas kehendakNya. Kita hanya berusaha. Jaga kesihatan anda... :)

01 April 2013

Kenapa buah-buahan antara berada dalam diet yang sihat

Salam sejahtera semua :)
Posting terakhir hari ini berkaitan fakta buah-buahan. Kenapa kita perlu sentiasa makan buah dalam diet seimbang kita. ;) untuk tatapan diet kamikaze.

Sebab itu kita digalakkan makan buah-buahan ya. :)
Selamat berdiet ...