10 April 2013

7 Cara Kurangkan Lemak Dalam Diet Seharian

Salam sejahtera semua.
Hari ini kita kongsikan bagaimana untuk kurangkan pengambilan lemak dalam diet seharian kita.

7 cara kurangkan lemak yang akan dikongsikan.

1. Lemak harus membekalkan kurang daripada 30 peratus daripada jumlah kalori harian. Pilih daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, ikan dan produk tenusu yang rendah lemak. Juga kurangkan pengambilan mentega atau makanan yang seumpamanya serta campuran salad, mayonis dan makanan bergoreng.

2. Hadkan pengambilan makanan yang banyak lemak tepu. Makanan jenis ini banyak didapati dalam produk haiwan yang merangsang paras kolesterol darah dan memiliki kesan kesihatan yang buruk. Ia harus membekalkan kurang daripada 1/3 kalori yang dihasilkan oleh lemak.

3. Kekalkan pengambilan protein secara sederhana. Protein harus menyumbang sebanyak 12 peratus daripada sumber kalori harian. Pilih sumber yang rendah lemak.

4. Kekalkan pengambilan kolesterol di bawah 300 miligram setiap hari. Kolesterol hanya didapati dalam produk haiwan seperti daging, ternakan, produk tenusu dan kuning telur.

Untuk setakat ini dahulu, kita akan sambung lagi 3 cara di posting akan datang. Selamat berdiet cara sihat.

No comments:

Post a Comment