Showing posts with label kurangkan lemak dalam makanan. Show all posts
Showing posts with label kurangkan lemak dalam makanan. Show all posts

10 April 2013

7 Cara Kurangkan Lemak Dalam Diet Seharian - Sambungan

Salam sejahtera semua.
Hari ini kita akan sambung lagi 3 cara bagaimana mengurangkan pengambilan lemak dalam diet Seharian kita.

5. Elak pengambilan gula secara berlebihan. Gula adalah sumber kalori yang kosong. Kebanyakan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi juga mempunyai kandungan lemak yang tinggi.

6. Kekalkan pengambilan kalsium yang berpatutan. Kalsium adalah penting untuk menguatkan tulang dan gigi. Dapatkan kalsium daripada sumber rendah lemak seperti susu skim atau susu tanpa lemak dan dadih tanpa lemak.

7. Makan makanan yang kaya dengan kaborhidrat kompleks. Karbohidrat seharunya menyumbang sekurang-kurangnya 55 peratus daripada jumlah kalori harian anda. Untuk memenuhi keperluan ini, banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan dan enam atau lebih hidangan biji-bijian atau kekacang setiap hari. Ia akan membantu seseorang untuk memperolehi 20-30 gram serat diet yang diperlukan setiap hari serta membekalkan vitamin dan galian yang penting.

Selamat berdiet. :)

27 April 2012

Apa yang toksin bantu anda?

Apa itu toksin?
Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita.
Toksin bukan saja menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan kita normal, tetapi juga dapat mengikuti peredaran darah ke berbagai bagian organ tubuh kita, lalu merusakkan system sirkulasi (pembuluh-pembuluh darah), organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran (system gastrousus).
Sakit adalah kegagalan tubuh manusia menyingkirkan bahan buangan. Lendir/mucus, serta toksin yang menghalangi fungsi-fungsi normal tubuh manusia.

5 TANDA BADAN ANDA ADA TOKSIN BERLEBIHAN

1. Anda sering merasa letih dan lesu
2. daya tumpuan dan daya ingatan mula menjadi lemah.
3. Sering alami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk.
4. Mula merasa sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi.
5. Anda mula cepat marah dan mudah murung.

Kaedah Penyingkiran Toksin
1. Antara kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi adalah perkumuhan seperti pembuangan air besar yang berlaku sekali sehari bagi yang normal.
2.Selain itu toksin juga dapat dikeluarkan melalui peluh hasil dari aktiviti bersukan.
3.Toksin juga boleh dikeluarkan melalui peluh hasil dari aktiviti sauna.
4.Mengambil makanan kesihatan tertentu seperti vitamin C juga boleh membantu meningkatan kadar pembuangan toksin badan melalui perkumuhan
5.Berpuasa juga merupakan satu cara untuk mengurangkan toksin dalam badan kerana kebanyakan toksin datangnya dari makanan yang kita makan.
6.Banyakkan minum air bertapis
7.Mandi dengan air panas selama 5 minit kemudian dengan air sejuk selama 30 saat. Proses ini perlu dilakukan sebanyak 3 kali, kemudian tidur selama 30 minit.

Kini anda boleh membuang toksin dari badan anda dengan mudah, tak perlu masa yang banyak dan kos yang lebih murah.

PENYELESAIANNYA

Klik => http://epasaraya.com/menangipad2

23 July 2011

Formula Diet Extreme | Kurangkan Lemak Dalam Penyediaan Makanan

Kurangkan Penggunaan Lemak Dalam Penyediaan Makanan Dan PENGAMBILAN LEMAK YANG DIINGINI

1. Lemak dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% jumlah keperluan tenaga harian.
2. Elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
• Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
• Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja
• Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan
• Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam)
• Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis)
• Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

MAKANAN BERKOLESTEROL TINGGI
Untuk kebanyakan individu sihat, makanan kolesterol tinggi mempunyai kesan yang kecil kepada paras kolesterol darah. Justeru itu, makanan berkhasiat – seperti telur, organ-organ (seperti hati, ginjal, jantung), daging, udang, ikan bilis, sotong dan produk tenusu – boleh dimasukkan dalam diet yang seimbang sekiranya diambil pada kadar yang sederhana. Berhati-hati jika memakan otak kerana ia mempunyai kandungan kolesterol yang sangat tinggi (dua kali kandungan kolesterol dalam telur).