Showing posts with label petua orang lama. Show all posts
Showing posts with label petua orang lama. Show all posts

29 May 2013

Tips Hilangkan Demam Dengan Pantas

1. Balut atau bungkus badan anda semasa nak tidur malam. Pakailah selimut ke, jaket ke atau apa sahaja yang agak tebal. Kenapa? Ia kerana untuk mengeluarkan peluh dari badan anda. Banyak orang yang mengamalkan petua ni untuk cepat pulih dari demam dalam masa sehari sahaja.

2. Minum air dengan banyak. Kalau boleh jangan minum air yang bergula sebab nanti mendatangkan kesan lain pula. Sebolehnya minum air suam ataupun air sejuk dengan banyak. Ia bagi membantu anda membuang sisa toksik dalam badan anda dengan kekerapan membuang air kecil.

Terdapat beberapa kaedah tanpa makan panadol dapat digunakan untuk baik demam. Kita sudah tahu tentang bahaya panadol (ubat tahan sakit) . Ada beberapa langkah boleh diambil seperti berikut:-

-->


    Beli ubat di farmasi iaitu heat cleanser atau
    Sapukan asam jawa ( campur dengan sedikit air ) pada sekitar leher.
    Minum air kosong banyak, lebih dari 12 gelas tak termasuk minuman lain (bergula).

Setelah badan sudah tak panas cuma rasa tak sedap badan dan kurang selera makan serta selsema, jika nak mandi kena sediakan:

    2 baldi dimana 1 baldi berisi ais dicampur air ( biar betul2 sejuk) maknanya ais banyak. Lagi satu baldi masukkan air panas dicampur dengan air paip, air panas tapi boleh guna untuk mandi ( air suam).
    Cara mandi:
    Mula mandi air sejuk satu cebuk kemudian air suam dengan sukatan yang sama, ulangi sehingga habis
    kedua-dua baldi . Konsep panas dan sejuk dapat stabilkan suhu badan serta menghentikan selsema.

09 April 2013

Turunkan Berat badan dengan minum air

Salam sejahtera semua, tips mudah hari ini ialah turunkan berat badan dengan  banyakkan minum air masak atau air kosong. :)




Air kosong tiada kalori, lemak dan gula. Diet paling mudah kan..  

Minum air masak pun dapat meningkatkan tahap kesuburan.

Menyihatkan jantung antara kelebihan minum air putih.

Amalan minum air  kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

1.   Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi.
2.   Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.
3.   Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4.   Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
5.   Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
6.   Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
•   Tekanan darah tinggi 30 hari.
•   Gastrik 10 hari
•   Diabetis 30 hari
•   Sembelit 10 hari
•   Kanser 18 hari
•   Tibi 90 hari
7.   Pesakit arthritis hanya perlu mengikut rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan
Ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

Selamat minum. ;)

06 April 2013

Atasi Perut Buncit dengan bedak sejuk

Salam sejahtera, hari ini kita nak kongsikan petua orang lama cara atasi Perut Buncit dengan bedak sejuk.

Perut buncit memang sangat memalukan terutamanya bagi perempuan. Anda boleh cuba petua ini untuk mengatasinya. Ambil 3 cubit bedak sejuk dan campurkan dengan sedikit kapur sirih dan air perahan limau nipis.
Gaul semua bahan kemudian lumurkan pada perut. Biarkan ia kering seketika dan kemudian ikat perut dengan sehelai kain. Amalkan sebelum tidur malam. Tapi perlu diingat ya, kapur sirih yang berlebihan boleh membuat perut anda terasa panas.. ;)



Kongsi lagi petua orang lama bagaimana cara nak mengelakkan urat timbul.
Ambil segenggam kacang hijau dan rebus tanpa gula tetapi jangan sampai hancur. Jadikan kacang hijau menjadi satu gelas. Makan pada setiap pagi dan petang. Selain itu, anda juga boleh cuba lakukan petua ini. Setiap hari sebelum tidur malam, angkat kaki ke atas setinggi mungkin. Duduk secara melunjur dengan badan bersandar pada dinding selama 10 minit.

Selamat mencuba, keberkesanan petua ini semua atas kehendakNya. Kita hanya berusaha. Jaga kesihatan anda... :)

01 April 2013

Kenapa buah-buahan antara berada dalam diet yang sihat

Salam sejahtera semua :)
Posting terakhir hari ini berkaitan fakta buah-buahan. Kenapa kita perlu sentiasa makan buah dalam diet seimbang kita. ;) untuk tatapan diet kamikaze.

Sebab itu kita digalakkan makan buah-buahan ya. :)
Selamat berdiet ...