26 May 2013

Betulkah Kiwi Rendah Lemak?

Dua biji sehari cukup untuk bekalan kandungan nutrisi yang diperlukan tubuh

BUAH kiwi mempunyai pelbagai kandungan nutrisi yang diperlukan setiap hari sebagai diet sihat. Cukup sekadar menikmati dua biji buah kiwi bersaiz sederhana setiap hari, tubuh kita lengkap dengan khasiat yang diperlukan.


Buah kiwi bukan saja sedap, malah dikatakan sajian gizi terbaik untuk dinikmati kerana mempunyai sumber mineral seimbang, vitamin semula jadi dan membekalkan antioksidan untuk tubuh. Vitamin C, serat dan potasium juga dikesan terdapat dalam buah kiwi. Kajian mendapati buah kiwi mempunyai sehingga 120 kandungan kalori atau 60 kalori dalam sebiji buah kiwi untuk tubuh manusia.


Menariknya menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren selain mengandungi dua kali ganda vitamin E berbanding avokado. Kandungan khasiatnya sesuai untuk hidangan mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit kencing manis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah serta mengandungi serat sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.

Pengurus Sains Kesihatan Zespri International Limited, Lynley Drummond, berkata pengambilan makanan memberi kesan terhadap kesihatan keseluruhan tubuh dan rata-rata masyarakat disaran memakan lebih banyak mengambil buah-buahan serta sayur-sayuran kerana kandungannya padat dengan nutrien bermanfaat.

Katanya, satu hidangan dua buah kiwi mempunyai lebih banyak vitamin C berbanding dua biji oren, selain mengandungi kandungan tinggi potasium daripada pisang dan tinggi serat makanan daripada semangkuk bijirin.

“Terdapat banyak peranan baru yang ditemui dalam vitamin C. Kesannya dalam kesihatan yang baik lebih nyata kerana ia penting. Vitamin C dapat mengawal peranannya dalam sel pertumbuhan manusia.
“Buah kiwi dikesan meningkatkan glukos dalam sel metabolisme dalam badan selain berfungsi untuk sel darah merah. Vitamin C yang terdapat dalam buah kiwi membantu meningkatkan tahap fungsi vaskular iaitu pembuluh darah dan arteri, malah membekalkan darah ke dalam tubuh,” katanya ketika ditemui sempena lawatan media ke New Zealand, baru-baru ini.
--> Berikutan gelombang penyebaran wabak influenza H1N1 kedua berlaku, baru-baru ini, menyebabkan warga dunia berhati-hati dengan pengambilan makanan. Sehubungan itu, masyarakat disaran menukar makanan atau buah-buahan yang kaya dengan bahan imunisasi seperti buah kiwi.

Drummond berkata, manfaat untuk kesihatan buah kiwi kaya dengan nutrien membantu mencegah penyakit, memberi tenaga selain pilihan diet harian yang mudah.

“Buah kiwi sesuai dimakan mentah bersama kulitnya. Selain menjadi penambah selera apabila dimasukkan dalam masakan, secara puratanya buah kiwi menyediakan kandungan vitamin C dan juga bahan lain seperti folat, potasium dan zink yang sangat penting untuk mengekalkan kesihatan menyeluruh,” katanya.

Justeru itu, bagi meningkatkan tahap kecergasan dan tenaga dalam badan, nikmati buah kiwi dan antara syarikat yang mengedar buah berkenaan ialah Zespri Kiwifruit. Dua jenis kiwi yang dikeluarkan ialah Zespri® Green (hijau) dan Zespri® Gold (emas). Buah kiwi keluaran Zespri bukan saja menyediakan kandungan vitamin dan nutrisi, sebaliknya turut menjadi sumber karbohidrat dan mempunyai kandungan antioksida.

Zespri ™ International Limited adalah pemasar buah kiwi terbesar di dunia dan menjual buah kiwi ke lebih daripada 60 negara. Beribu pejabat di Mount Maunganui, New Zealand iaitu daerah pengeluaran buah kiwi terbesar di negara berkenaan, Zespri ditubuhkan pada 2000 ekoran penstrukturan semula industri buah kiwi bagi bertujuan mewujudkan satu titik tumpu untuk mengeksport buah kiwi keluaran New Zealand.

Baik untuk kesihatan

Buah berkenaan dikenal pasti padat dengan khasiat nutrisi dan menduduki tempat teratas di dalam model kepadatan nutrisi buah-buahan. Buah kiwi menyediakan lebih banyak vitamin dan mineral untuk setiap gram dan setiap kalori dalam sebiji buah kiwi berbanding dengan buah-buahan lain seperti oren, kranberi, beri biru, buah delima, pisang dan epal.

Drummond berkata, menurut kajian buah kiwi Zespri ditemui membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh, meningkatkan daya kesihatan pencernaan dan prestasi otot selain dapat mengurangkan inflamasi serta kerosakan sel.

“Penelitian terbaru itu adalah sebahagian daripada program ilmu Zespri bagi menunjukkan manfaat kesihatan buah kiwi di samping menyokong kajian terdahulu yang menunjukkan buah kiwi boleh membantu menguatkan pertahanan alami untuk perlindungan seharian,” katanya.

Beliau berkata, kajian yang didapati dalam buah kiwi hijau dan kuning Zespri menyediakan banyak antaranya meningkatkan tahap imunisasi semula jadi dalam badan selain bertindak balas dengan cepat terhadap selsema dan penyakit lain.

“Buah kiwi Zespri kuning dan hijau dapat mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan penyakit untuk jangka masa panjang seperti radang sendi, barah, penyakit jantung, kencing manis dan masalah berat badan. Ia dapat membantu mencapai keseimbangan optimum antara bakteria baik dan buruk serta mampu melindungi serangan barah berkaitan enzim dalam pencernaan yang lebih rendah. Ia juga mampu melindungi otot terhadap tekanan oksidatif berkaitan dengan sukan,” katanya.

Buah kiwi sarat juga dengan phytonutrients yang baik bagi tahap kesihatan kerana menghasilkan polyphenols sebagai antioksidan dalam tubuh, enzim untuk pencernaan dan karotenoids yang bermanfaat sebagai antioksidan selain kesihatan mata.

Ditanya mengenai perbezaan antara buah kiwi hijau dan emas keluaran Zespri, Drummond berkata, bezanya ialah dari segi rasa. Buah kiwi hijau mempunyai rasa lebih masam dan kelat sementara kiwi emas mempunyai rasa pula cukup masak dan tropika seperti gabungan rasa buah mangga, tembikai dan sitrus.

Selain itu, bentuk buah kiwi emas lebih lonjong dengan kulit licin dan terdapat bentuk mahkota diatasnya, manakala buah kiwi emas pula berbentuk lebih bulat.

Memakan buah Kiwi Zespri™ dengan kerap antara cara mudah bagi mendapatkan kandungan nutrien penting untuk badan. Buah kiwi Zespri boleh membantu kita berasa lebih sihat dan dapat menikmati usia lebih panjang.

Jika mahu menjaga badan dan inginkan tenaga lebih, maka buah Kiwi Zespri™ seharusnya menjadi pilihan. Bukan saja padat dengan khasiat nutrien, ia juga rendah lemak dan mempunyai kadar GI rendah secara semula jadi. Menikmati hidup lebih sihat menyeluruh yang lebih baik, jadikan buah kiwi sebagai amalan pemakanan rutin harian.

FAKTA: Kandungan buah kiwi


  • vitamin C - mempunyai dua kali ganda vitamin C berbanding buah oren. Kandungan yang hanya perlu diambil dua biji buah kiwi setiap hari untuk mendapatkan kadar yang disarankan.
  • Vitamin E - jarang sekali terdapat dalam makanan rendah lemak semula jadi. Lebih-lebih lagi buah boleh menjadi sumber vitamin E (dikenali sebagai vitamin yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan jantung dan antioksidan)
  • Asid Folik - sumber semula jadi diperlukan bagi menghalang kecacatan neutral di kalangan bayi (manusia memerlukan asid folik sebelum dan ketika hamil) untuk perkembangan otak dan kognitif di kalangan kanak-kanak dan menghalang penyakit kardiovaskular. Setiap orang memerlukan zat itu dalam kadar yang mencukupi. Asid folik penting sehinggakan ada negara yang mempertimbangkan untuk menambahkan asid folik ke dalam tepung gandum untuk memastikan masyarakatnya memperoleh asid folik mencukupi.
  • Potasium - mempunyai tahap yang hampir sama dengan pisang. Buah kiwi sumber potasium rendah garam berpotensi memberi manfaat dalam penjagaan tekanan darah dan kesihatan jantung.
  • Lutein karotenoid - bukan saja mempunyai kandungan Lutein karotenoid tertinggi di kalangan buah-buahan, tetapi buah kiwi dibuktikan jauh lebih baik dari sayuran dari segi bio. Ia boleh membantu masalah penglihatan yang berkait dengan usia tua.
  • Antioksidan (contohnya polifenol, karotenoid) - berfaedah termasuk enzim unik lain. Memakan buah kiwi setiap hari adalah cara mudah untuk mendapatkan keperluan antioksidan seharian bagi melawan kerosakan yang disebabkan olah radikal bebas dan tekanan oksidatif.
  • Serat - Buah kiwi sesuai dimakan untuk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat. Diiktiraf sebagai pembantu kepada sistem pencernaan semula jadi. 

  • Sumber

    No comments:

    Post a Comment