23 July 2011

Formula Diet Extreme | Kurangkan Lemak Dalam Penyediaan Makanan

Kurangkan Penggunaan Lemak Dalam Penyediaan Makanan Dan PENGAMBILAN LEMAK YANG DIINGINI

1. Lemak dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% jumlah keperluan tenaga harian.
2. Elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
• Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
• Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja
• Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan
• Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam)
• Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis)
• Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

MAKANAN BERKOLESTEROL TINGGI
Untuk kebanyakan individu sihat, makanan kolesterol tinggi mempunyai kesan yang kecil kepada paras kolesterol darah. Justeru itu, makanan berkhasiat – seperti telur, organ-organ (seperti hati, ginjal, jantung), daging, udang, ikan bilis, sotong dan produk tenusu – boleh dimasukkan dalam diet yang seimbang sekiranya diambil pada kadar yang sederhana. Berhati-hati jika memakan otak kerana ia mempunyai kandungan kolesterol yang sangat tinggi (dua kali kandungan kolesterol dalam telur).

No comments:

Post a Comment