17 April 2013

sindrom diet yoyo

Salam sejahtera.
Posting kali ini juga ada hubungan dengan jenis-jenis diet yang kita kenali sebelum ini iaitu 'sindrom yoyo'. Apa yang dikatakan sindrom yoyo atau diet yoyo ini. Diet ini terjadi apabila seseorang individu tidak konsisten dalam menjalankan dietnya. Hal ini menyebabkan berat badannya boleh naik mendadak dan boleh juga turun secara drastik. Sindrom yoyo ini boleh mengakibatkan metabolisme tubuh terbantut.

Pada penurunan berat yang drastik, sebahagian lemak tubuh di sistem oto turut terbakar. Padahal sistem tubuh inilah yang banyak menentukan keperluan tenaga dalam tubuh. Jika berat badan naik selepas diet, yang bertambah banyak bukanlah otot tetapi lemak. Seseorang yang terkena sindrom yoyo biasanya hilang kawalan setelah menjalani diet yang ketat. Jadi untuk mencegah terjadinya sindrom yoyo, sebaiknya diet dilakukan secara konsisten. Pastikan juga ia tidak dilakukan terlalu ketat.

Dietlah secara teratur, betul dan selamat. Selamat berdiet. ;)

No comments:

Post a Comment