15 April 2013

diet tinggi protein dan tinggi lemak

Salam sejahtera semua. Perkongsian kali ini kita akan mengenali diet tinggi protein dan tinggi lemak. Dalam diet ini semua makanan sumber karbohidrat dilarang untuk dimakan. Makanan seperti roti, nasi,kentang dan sejenisnya perlulah ditinggalkan. Sebagai gantinya makanan berprotein tinggi sangat disarankan. Daging, ikan dan telur adalah contoh makanan yang disarankan. Rendahnya kandungan karbohidrat di dalam tubuh mendorong penggunaan lemak sebagai sumber tenaga. Diet ini tidak dianjurkan untuk dilakukan dalam jangka waktu yang lama kerana pada kes yang ringan akan menyebabkan tubuh menjadi lemas kerana penggunaan lemak tubuh ini menghasilkan 'keton'. Zat keton ini akan mencetuskan dehidrasi dan rasa mual. Dalam kes yang berat pula, ia akan menyebabkan kegagalan fungsi ginjal.

Berdiet la secara sederhana dan terkawal. Kenali diet tinggi serat dalam posting seterusnya.

No comments:

Post a Comment