29 May 2013

Tips Hilangkan Demam Dengan Pantas

1. Balut atau bungkus badan anda semasa nak tidur malam. Pakailah selimut ke, jaket ke atau apa sahaja yang agak tebal. Kenapa? Ia kerana untuk mengeluarkan peluh dari badan anda. Banyak orang yang mengamalkan petua ni untuk cepat pulih dari demam dalam masa sehari sahaja.

2. Minum air dengan banyak. Kalau boleh jangan minum air yang bergula sebab nanti mendatangkan kesan lain pula. Sebolehnya minum air suam ataupun air sejuk dengan banyak. Ia bagi membantu anda membuang sisa toksik dalam badan anda dengan kekerapan membuang air kecil.

Terdapat beberapa kaedah tanpa makan panadol dapat digunakan untuk baik demam. Kita sudah tahu tentang bahaya panadol (ubat tahan sakit) . Ada beberapa langkah boleh diambil seperti berikut:-

-->


    Beli ubat di farmasi iaitu heat cleanser atau
    Sapukan asam jawa ( campur dengan sedikit air ) pada sekitar leher.
    Minum air kosong banyak, lebih dari 12 gelas tak termasuk minuman lain (bergula).

Setelah badan sudah tak panas cuma rasa tak sedap badan dan kurang selera makan serta selsema, jika nak mandi kena sediakan:

    2 baldi dimana 1 baldi berisi ais dicampur air ( biar betul2 sejuk) maknanya ais banyak. Lagi satu baldi masukkan air panas dicampur dengan air paip, air panas tapi boleh guna untuk mandi ( air suam).
    Cara mandi:
    Mula mandi air sejuk satu cebuk kemudian air suam dengan sukatan yang sama, ulangi sehingga habis
    kedua-dua baldi . Konsep panas dan sejuk dapat stabilkan suhu badan serta menghentikan selsema.

3 comments:

  1. admin,,saya takpernah demam denggi Alhamdulillah,tapi yang buat saya risau,saya dari kecil lagi mempunyai demam yang ganjil.Setiap sebulan saya wajib demam(kebersihan dijaga).Cuma sejak akhir2 ini saya akan demam 2 kali sebulan dan setiap 2 kali saya demam,Saya akan demam panas,sekejap turun,sekejap tinggi.Saya menggigil tak kira siang/malam.Mata kabut,selalu rasa nak pitam. Tulang belakang saya sangat sakit,sendi2 pun berbisa.Bila saya refer doktor,beliau kata itu demam normal.Tapi saya sudah 5 hari demam berturut2.Sakit sangat,macam2 saya cuba(doa redakan demam,sembuh penyakit).Saya sendiri takut nak sentuh keluarga.Saya tak nak la berjangkit.Cara jalan terhuyung-hayang,pakai butang yang 6 biji tu je dh dekat 2,3 minit.Lagipun 2 hari je lagi nak exam.Saya kena bawak motor dari Batu Muda ke KV ERT Setapak(Sebelah puspakom)manakala ayah pula pagi2 dah pergi kerja memang tak boleh hantar.Ada cara mujarab tak untuk sembuhkan demam dan kurangkan kekerapan saya untuk demam lagi?����

    ReplyDelete
  2. admin,,saya takpernah demam denggi Alhamdulillah,tapi yang buat saya risau,saya dari kecil lagi mempunyai demam yang ganjil.Setiap sebulan saya wajib demam(kebersihan dijaga).Cuma sejak akhir2 ini saya akan demam 2 kali sebulan dan setiap 2 kali saya demam,Saya akan demam panas,sekejap turun,sekejap tinggi.Saya menggigil tak kira siang/malam.Mata kabut,selalu rasa nak pitam. Tulang belakang saya sangat sakit,sendi2 pun berbisa.Bila saya refer doktor,beliau kata itu demam normal.Tapi saya sudah 5 hari demam berturut2.Sakit sangat,macam2 saya cuba(doa redakan demam,sembuh penyakit).Saya sendiri takut nak sentuh keluarga.Saya tak nak la berjangkit.Cara jalan terhuyung-hayang,pakai butang yang 6 biji tu je dh dekat 2,3 minit.Lagipun 2 hari je lagi nak exam.Saya kena bawak motor dari Batu Muda ke KV ERT Setapak(Sebelah puspakom)manakala ayah pula pagi2 dah pergi kerja memang tak boleh hantar.Ada cara mujarab tak untuk sembuhkan demam dan kurangkan kekerapan saya untuk demam lagi?����

    ReplyDelete