19 July 2011

Formula Diet Extreme | Tips Mengawal Berat Badan Berlebihan

Mengurangkan berat badan anda sebanyak 5% hingga 10% boleh mengurangkan risiko kesihatan anda dengan ketara. Dalam kebanyakan kes, kelebihan berat badan atau keadaan obes berpunca daripada pengambilan kalori berlebihan dan kekurangan
aktiviti fizikal. Anda boleh mengurangkan berat badan dengan meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan pengambilan makanan anda.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:
• Tetapkan matlamat untuk mengurangkan tidak lebih daripada 0.5 hingga 1 kg seminggu.
• Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20-30 minit setiap kali.
– Pergi berjoging, berenang, berbasikal atau berjalan dengan pantas.
– Mainlah sukan rekreasi.
– Mainlah golf (tanpa menggunakan ‘buggy’)
• Ikuti kehidupan yang lebih aktif
– Gunakan tangga daripada menggunakan lif atau eskulator.
– Biasakan berjalan kaki untuk jarak yang dekat daripada memandu.
– Cucilah kereta anda sendiri, berkemas dan bersihkan rumah, berkebun atau memotong rumput di rumah.
• Awasilah apa yang anda makan
– Kurangkan pengambilan makanan dan snek yang tinggi lemak dan kalori.
– Elakkan daripada makan terlalu banyak, makan sedikit-sedikit tetapi kerap dan makan pada masa yang tidak menentu.
– Elakkan diet mengurangkan berat badan yang terlalu menghadkan pengambilan kalori dan zat-zat lain.
– Cuba mengurangkan berat badan dengan memaksa diri memuntah atau menggunakan laksatif atau diuretik adalah membahayakan.






























Sumber Persatuan Pemakanan Malaysia 2000

No comments:

Post a Comment