18 July 2011

Formula Diet Extreme | Tips Kekalkan Berat Badan Yang Sihat Part 1

Kekalkan Berat Badan Yang Sihat Dengan Mengimbangkan Pengambilan Makanan Dan Aktiviti Fizikal Yang Lazim.

Dengan mengekalkan berat badan yang sihat, anda boleh mengelakkan masalah kesihatan dan akan kelihatan lebih menarik. Sebaliknya, jika anda terlalu kurus atau terlalu gemuk, risiko anda mendapat masalah kesihatan akan meningkat.

ADAKAH BERAT BADAN ANDA SIHAT? (Untuk dewasa berumur 18 tahun ke atas)

1. Kira Indeks Jisim Tubuh (IJT) anda seperti berikut:
IJT = berat (kg)/ ( tinggi (m) x tinggi (m) )

2. Bandingkan IJT anda dengan nilai di dalam jadual di bawah
untuk melihat penjelasannya:

JIKA IJT ANDA = Kurang daripada 18.5
BERMAKNA ANDA = Kurang berat badan
RISIKO ANDA TERHADAP PENYAKIT BERKAITAN ADALAH = Rendah (tetapi risiko terhadap masalah klinikal lain meningkat)

JIKA IJT ANDA = Dari 18.5 hingga 24.9
BERMAKNA ANDA = Dalam julat normal
RISIKO ANDA TERHADAP PENYAKIT BERKAITAN ADALAH = Biasa

JIKA IJT ANDA = Dari 25.0 hingga 29.9
BERMAKNA ANDA = Berat badan berlebihan
RISIKO ANDA TERHADAP PENYAKIT BERKAITAN ADALAH = Meningkat

JIKA IJT ANDA = 30 dan ke atas
BERMAKNA ANDA = Obes
RISIKO ANDA TERHADAP PENYAKIT BERKAITAN ADALAH = Sederhana hingga sangat teruk

3. Masalah berat badan berlebihan atau obes (mempunyai IJT yang tinggi) meningkatkan risiko anda terhadap penyakit jantung koronari, strok, diabetes,tekanan darah tinggi dan sesetengah jenis kanser (terutamanya kanser hempedu, kanser ovari dan
kanser payudara). Ia juga memburukkan masalah artritis dan pernafasan.

4. Jika IJT anda berada dalam julat yang sihat, tetapi mempunyai ukuran pinggang
lebih daripada punggung,anda masih berisiko tinggi menghidapi penyakitpenyakit
kronik. Nisbah pinggang-punggung yang lebih daripada 1.0 (untuk lelaki) atau lebih
daripada 0.85 (untuk wanita) adalah kurang sihat.






















Sumber : Persatuan Pemakanan Malaysia 2000

No comments:

Post a Comment