Salam sejahtera semua.
Seperti yang dijanjikan sebelum ini, hari ini kita akan mengenali satu jenis diet iaitu diet rendah kalori dan tinggi serat. Pencipta diet ini menyarankan anda untuk makan makanan berserat tinggi. Serat makanan ini banyak terdapat pada berbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, beras dan gandum. Hasil pemprosesan seperti tempe dan tauhu juga digalakkan. Keuntungan dari diet ini adalah memberi kesan rasa kenyang yang lebih lama. Ia juga menyihatkan. Namun jika tidaj diimbangi dengan senaman yang teratur, proses penurunan berat badan akan berjalan lambat.
Selamat bersenam dan kenali jenis diet seterusnya nanti.
No comments:
Post a Comment