29 May 2013

Tips Hilangkan Demam Dengan Pantas

1. Balut atau bungkus badan anda semasa nak tidur malam. Pakailah selimut ke, jaket ke atau apa sahaja yang agak tebal. Kenapa? Ia kerana untuk mengeluarkan peluh dari badan anda. Banyak orang yang mengamalkan petua ni untuk cepat pulih dari demam dalam masa sehari sahaja.

2. Minum air dengan banyak. Kalau boleh jangan minum air yang bergula sebab nanti mendatangkan kesan lain pula. Sebolehnya minum air suam ataupun air sejuk dengan banyak. Ia bagi membantu anda membuang sisa toksik dalam badan anda dengan kekerapan membuang air kecil.

Terdapat beberapa kaedah tanpa makan panadol dapat digunakan untuk baik demam. Kita sudah tahu tentang bahaya panadol (ubat tahan sakit) . Ada beberapa langkah boleh diambil seperti berikut:-

-->


    Beli ubat di farmasi iaitu heat cleanser atau
    Sapukan asam jawa ( campur dengan sedikit air ) pada sekitar leher.
    Minum air kosong banyak, lebih dari 12 gelas tak termasuk minuman lain (bergula).

Setelah badan sudah tak panas cuma rasa tak sedap badan dan kurang selera makan serta selsema, jika nak mandi kena sediakan:

    2 baldi dimana 1 baldi berisi ais dicampur air ( biar betul2 sejuk) maknanya ais banyak. Lagi satu baldi masukkan air panas dicampur dengan air paip, air panas tapi boleh guna untuk mandi ( air suam).
    Cara mandi:
    Mula mandi air sejuk satu cebuk kemudian air suam dengan sukatan yang sama, ulangi sehingga habis
    kedua-dua baldi . Konsep panas dan sejuk dapat stabilkan suhu badan serta menghentikan selsema.

26 May 2013

Betulkah Kiwi Rendah Lemak?

Dua biji sehari cukup untuk bekalan kandungan nutrisi yang diperlukan tubuh

BUAH kiwi mempunyai pelbagai kandungan nutrisi yang diperlukan setiap hari sebagai diet sihat. Cukup sekadar menikmati dua biji buah kiwi bersaiz sederhana setiap hari, tubuh kita lengkap dengan khasiat yang diperlukan.


Buah kiwi bukan saja sedap, malah dikatakan sajian gizi terbaik untuk dinikmati kerana mempunyai sumber mineral seimbang, vitamin semula jadi dan membekalkan antioksidan untuk tubuh. Vitamin C, serat dan potasium juga dikesan terdapat dalam buah kiwi. Kajian mendapati buah kiwi mempunyai sehingga 120 kandungan kalori atau 60 kalori dalam sebiji buah kiwi untuk tubuh manusia.


Menariknya menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren selain mengandungi dua kali ganda vitamin E berbanding avokado. Kandungan khasiatnya sesuai untuk hidangan mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit kencing manis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah serta mengandungi serat sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.

Pengurus Sains Kesihatan Zespri International Limited, Lynley Drummond, berkata pengambilan makanan memberi kesan terhadap kesihatan keseluruhan tubuh dan rata-rata masyarakat disaran memakan lebih banyak mengambil buah-buahan serta sayur-sayuran kerana kandungannya padat dengan nutrien bermanfaat.

Katanya, satu hidangan dua buah kiwi mempunyai lebih banyak vitamin C berbanding dua biji oren, selain mengandungi kandungan tinggi potasium daripada pisang dan tinggi serat makanan daripada semangkuk bijirin.

“Terdapat banyak peranan baru yang ditemui dalam vitamin C. Kesannya dalam kesihatan yang baik lebih nyata kerana ia penting. Vitamin C dapat mengawal peranannya dalam sel pertumbuhan manusia.
“Buah kiwi dikesan meningkatkan glukos dalam sel metabolisme dalam badan selain berfungsi untuk sel darah merah. Vitamin C yang terdapat dalam buah kiwi membantu meningkatkan tahap fungsi vaskular iaitu pembuluh darah dan arteri, malah membekalkan darah ke dalam tubuh,” katanya ketika ditemui sempena lawatan media ke New Zealand, baru-baru ini.
--> Berikutan gelombang penyebaran wabak influenza H1N1 kedua berlaku, baru-baru ini, menyebabkan warga dunia berhati-hati dengan pengambilan makanan. Sehubungan itu, masyarakat disaran menukar makanan atau buah-buahan yang kaya dengan bahan imunisasi seperti buah kiwi.

Drummond berkata, manfaat untuk kesihatan buah kiwi kaya dengan nutrien membantu mencegah penyakit, memberi tenaga selain pilihan diet harian yang mudah.

“Buah kiwi sesuai dimakan mentah bersama kulitnya. Selain menjadi penambah selera apabila dimasukkan dalam masakan, secara puratanya buah kiwi menyediakan kandungan vitamin C dan juga bahan lain seperti folat, potasium dan zink yang sangat penting untuk mengekalkan kesihatan menyeluruh,” katanya.

Justeru itu, bagi meningkatkan tahap kecergasan dan tenaga dalam badan, nikmati buah kiwi dan antara syarikat yang mengedar buah berkenaan ialah Zespri Kiwifruit. Dua jenis kiwi yang dikeluarkan ialah Zespri® Green (hijau) dan Zespri® Gold (emas). Buah kiwi keluaran Zespri bukan saja menyediakan kandungan vitamin dan nutrisi, sebaliknya turut menjadi sumber karbohidrat dan mempunyai kandungan antioksida.

Zespri ™ International Limited adalah pemasar buah kiwi terbesar di dunia dan menjual buah kiwi ke lebih daripada 60 negara. Beribu pejabat di Mount Maunganui, New Zealand iaitu daerah pengeluaran buah kiwi terbesar di negara berkenaan, Zespri ditubuhkan pada 2000 ekoran penstrukturan semula industri buah kiwi bagi bertujuan mewujudkan satu titik tumpu untuk mengeksport buah kiwi keluaran New Zealand.

Baik untuk kesihatan

Buah berkenaan dikenal pasti padat dengan khasiat nutrisi dan menduduki tempat teratas di dalam model kepadatan nutrisi buah-buahan. Buah kiwi menyediakan lebih banyak vitamin dan mineral untuk setiap gram dan setiap kalori dalam sebiji buah kiwi berbanding dengan buah-buahan lain seperti oren, kranberi, beri biru, buah delima, pisang dan epal.

Drummond berkata, menurut kajian buah kiwi Zespri ditemui membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh, meningkatkan daya kesihatan pencernaan dan prestasi otot selain dapat mengurangkan inflamasi serta kerosakan sel.

“Penelitian terbaru itu adalah sebahagian daripada program ilmu Zespri bagi menunjukkan manfaat kesihatan buah kiwi di samping menyokong kajian terdahulu yang menunjukkan buah kiwi boleh membantu menguatkan pertahanan alami untuk perlindungan seharian,” katanya.

Beliau berkata, kajian yang didapati dalam buah kiwi hijau dan kuning Zespri menyediakan banyak antaranya meningkatkan tahap imunisasi semula jadi dalam badan selain bertindak balas dengan cepat terhadap selsema dan penyakit lain.

“Buah kiwi Zespri kuning dan hijau dapat mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan penyakit untuk jangka masa panjang seperti radang sendi, barah, penyakit jantung, kencing manis dan masalah berat badan. Ia dapat membantu mencapai keseimbangan optimum antara bakteria baik dan buruk serta mampu melindungi serangan barah berkaitan enzim dalam pencernaan yang lebih rendah. Ia juga mampu melindungi otot terhadap tekanan oksidatif berkaitan dengan sukan,” katanya.

Buah kiwi sarat juga dengan phytonutrients yang baik bagi tahap kesihatan kerana menghasilkan polyphenols sebagai antioksidan dalam tubuh, enzim untuk pencernaan dan karotenoids yang bermanfaat sebagai antioksidan selain kesihatan mata.

Ditanya mengenai perbezaan antara buah kiwi hijau dan emas keluaran Zespri, Drummond berkata, bezanya ialah dari segi rasa. Buah kiwi hijau mempunyai rasa lebih masam dan kelat sementara kiwi emas mempunyai rasa pula cukup masak dan tropika seperti gabungan rasa buah mangga, tembikai dan sitrus.

Selain itu, bentuk buah kiwi emas lebih lonjong dengan kulit licin dan terdapat bentuk mahkota diatasnya, manakala buah kiwi emas pula berbentuk lebih bulat.

Memakan buah Kiwi Zespri™ dengan kerap antara cara mudah bagi mendapatkan kandungan nutrien penting untuk badan. Buah kiwi Zespri boleh membantu kita berasa lebih sihat dan dapat menikmati usia lebih panjang.

Jika mahu menjaga badan dan inginkan tenaga lebih, maka buah Kiwi Zespri™ seharusnya menjadi pilihan. Bukan saja padat dengan khasiat nutrien, ia juga rendah lemak dan mempunyai kadar GI rendah secara semula jadi. Menikmati hidup lebih sihat menyeluruh yang lebih baik, jadikan buah kiwi sebagai amalan pemakanan rutin harian.

FAKTA: Kandungan buah kiwi


  • vitamin C - mempunyai dua kali ganda vitamin C berbanding buah oren. Kandungan yang hanya perlu diambil dua biji buah kiwi setiap hari untuk mendapatkan kadar yang disarankan.
  • Vitamin E - jarang sekali terdapat dalam makanan rendah lemak semula jadi. Lebih-lebih lagi buah boleh menjadi sumber vitamin E (dikenali sebagai vitamin yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan jantung dan antioksidan)
  • Asid Folik - sumber semula jadi diperlukan bagi menghalang kecacatan neutral di kalangan bayi (manusia memerlukan asid folik sebelum dan ketika hamil) untuk perkembangan otak dan kognitif di kalangan kanak-kanak dan menghalang penyakit kardiovaskular. Setiap orang memerlukan zat itu dalam kadar yang mencukupi. Asid folik penting sehinggakan ada negara yang mempertimbangkan untuk menambahkan asid folik ke dalam tepung gandum untuk memastikan masyarakatnya memperoleh asid folik mencukupi.
  • Potasium - mempunyai tahap yang hampir sama dengan pisang. Buah kiwi sumber potasium rendah garam berpotensi memberi manfaat dalam penjagaan tekanan darah dan kesihatan jantung.
  • Lutein karotenoid - bukan saja mempunyai kandungan Lutein karotenoid tertinggi di kalangan buah-buahan, tetapi buah kiwi dibuktikan jauh lebih baik dari sayuran dari segi bio. Ia boleh membantu masalah penglihatan yang berkait dengan usia tua.
  • Antioksidan (contohnya polifenol, karotenoid) - berfaedah termasuk enzim unik lain. Memakan buah kiwi setiap hari adalah cara mudah untuk mendapatkan keperluan antioksidan seharian bagi melawan kerosakan yang disebabkan olah radikal bebas dan tekanan oksidatif.
  • Serat - Buah kiwi sesuai dimakan untuk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat. Diiktiraf sebagai pembantu kepada sistem pencernaan semula jadi. 

  • Sumber

    25 May 2013

    Fikir Dahulu jika anda Peminat epal Hijau

    Fakta & Khasiat Epal Hijau :

    Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut.

    Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

    Epal hijau boleh :

    1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

    2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

    3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

     4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

    5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

    6. Membantu mengekalkan berat badan.
    --> 7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

    8. Mengurangkan risiko barah.

    9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama-sama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

    10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman,kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan inidapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

    11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalamair batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka danbiarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

    Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

    23 May 2013

    Mrs Brokoli membantu penyakit lupa anda.

    Menurut kajian yang dilakukan oleh 'Royal Pharmeceutical Society', brokoli mengandungi zat untuk mencegah dan merawat penyakit A;zheimer. Pengambilan brokoli dalam jangka masa panjang boleh mengurangkan penurunan kadar 'acetylcholine' di sistem saraf pusat yang sekali gus membantu meningkatkan daya ingat otak.

    Jadi kali ini kami kongsikan resepi mudah menggunakan brocoli.

    Broccoli Soup atau pun sup brokoli.


    Bahan-bahan A :
    1 kg brokoli dipotong kecil
    200g bawang besar dicincang
    100g bawang putih dicincang
    100g seleri dihiris
    100g daun kucai dihiris
    Garam dan lada sulah secukupnya


    Bahan-bahan B
    50ml krim masak
    100mk stok ayam

    Cara memasak
    1. Tumiskan kesemua bahan A sehingga wangi. Masukkan stok ayam. Biarkan masak selama 10minit.
    2. Biarkan sejuk. Kisarkan kesemua bahan yang dimasak tadi sehingga halus.
    3.Masak sekali lagi dan masukkan krim masak.
    4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. 
    5. Sup anda sedia untuk dihidang. :)

    Selamat mencuba.

    22 May 2013

    8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki


    Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

    Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

    1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

    Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

    Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

    2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

    3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

    4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

    5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).

    Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.


    6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

    Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

    7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

    Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

    8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

    21 May 2013

    Fakta Burger Yang Tak Perlu Anda Tahu


    Kata orang tua-tua: Jangan makan nasi, kerana nasi menggemukkan. Beralihlah kepada benda lain untuk makan malam, seperti burger ke. Tak pe, jangan risau, asalkan bukan nasi, awak tak gemuk punya!

    Fakta: Tak nak sentuh jauh-jauh, cukuplah fokus kepada daging burger itu sahaja, ok? Sekeping daging burger (lembu) jenama Ramly mengandungi kalori bersih sebanyak 189kcal. Kebanyakan kalori tersembunyi daripada daging burger ini datang daripada lemak tepu (lemak sapi), iaitu kira-kira sebanyak 14g untuk sekeping patty. Kebiasaannya daging burger ini digoreng menggunakan mentega/planta (mentega yang murah juga mengandungi lemak tepu), sekiranya dibeli di luar. Itu belum dicampur dengan mayonis, sos, keju, dan bun burger tu lagi, yang sesetengahnya juga dimasak dan disapu mentega.
     
    Sumber 

    Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura.

    Untuk memasak burger Ramly, tidak begitu sukar, cuma yang diperlukan ialah kuali atau plet leper, penekan daging burger, dapur, gas masakan, ban burger dan daging burger. Untuk rencah atau isi-isinya pula ialah timun dan kobis. Untuk bahan perisanya, biasa digunakan ialah sos Worcester (wu-ches-ter) atau juga dikenali sebagai kicap burger dikalangan orang Malaysia. Sebagai sos tambahan pula ialah mayonis, sos tomato, sos cili ataupun sos barbeku.

     Burger keju

    Burger keju adalah hamburger, disertai dengan keju cair. Istilah itu sendiri adalah gabungan perkataan daripada "keju" dan "hamburger". Keju biasanya dihiris, kemudian ditambah dalam masa singkat sebelum hamburger selesai dimasak untuk membolehkannya cair. Di restauran makanan segera, keju yang ditambah ke burger keju selalunya adalah jenis Amerika, tetapi ia mempunyai banyak variasi lain. Mozzarella, blue cheese, pepper jack, dan terutamanya cheddar adalah pilihan popular.
    Keju dalam burger keju mengubah sebahagian besar nilai permakanannya. Sebagai contoh, dalam perbandingan hamburger biasa, yang hanya berbeza dengan sekeping keju, burger keju McDonald's mengandungi 20% lebih kalori, 33% lebih lemak dan 25% lebih protin. Lain jenis keju akan mendapatkan kesan berbeza-beza, bergantung pada kandungan pemakanan mereka.

    Selamat makan burger....